Assalammualaikum...sorry dah seminggu tak update. Busy dengan study. Anyway, hari ni nak cerita pasal 3 attractions di Werribee yang sangat dekat antara satu sama lain. Sehari di sini boleh cover 3 tempat sekaligus. Tapi dinasihatkan pergilah time spring, kerana salah satu attraction di sini adalah Vic State Rose Garden. Ada lebih kurang 5000 jenis bunga ros pelbagai warna di taman ros 6 ekar ini. Yang bestnya, taman ini FREE. Di bawah adalah beberapa contoh bunga ros yang ada.
Subhanallah...indahkan ciptaan Allah ni? Di taman ini juga kita boleh piknik sambil menghayati keindahan bunga ros. Just make sure sampah sarap kutip balik yer dan bawalah tikar atau alas. Bersebelahan dengan taman ini ada Werribee Mansion. Architecture mansion ini ala Itali dan era Victorian. Maklumat ini saya ambil dari Internet je sebab percaya atau tidak, 2 kali saya datang Werribee, saya tak berjaya lagi melihat sendiri Werribee Mansion ini dan tamannya yang cantik dan luas. Terlalu asyik di Rose Garden atau terlalu lama di attraction yang terakhir. Insya Allah, sebelum balik Malaysia akan jejakkan kaki juga ke Mansion ini. Di sini saya letakkan gambar Mansion ini dari sumber Internet dan maklumat lanjut di SINI.
Okay, attraction terakhir adalah Werribee Zoo. Di Melbourne ada 3 jenis zoo. Melbourne Zoo, Healesville Sanctuary dan Werribee Zoo. Setiap zoo ada attraction dan stylenya yang tersendiri. Dan kanak-kanak adalah FREE manakal dewasa admission fee adalah AUD30.80. Di entry yang lain saya akan ceritakan keunikan zoo yang lagi 2 tu ye. Werribee Zoo ini adalah safari zoo atau open range zoo. Ianya sangat luas. Selain dari binatang yang di dalam cage, kita juga boleh menaiki safari bas dan melihat binatang-binatang liar herbivor di sini (singa, harimau semua takde yang bebas berkeliaran). Kalau bernasib baik zirafah dan badak sumbu lalu sebelah bas je. Nak bermalam disini pun boleh. Maklumat lanjut untuk bermalam di African style getaway ni ada di SINI. Gambar saya poskan kemudian sebab ada dalam kamera digital.